Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 5 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi segalanya yang kita buat untuk makhluk lain, tahulah, kita akan menanggung karmanya. Tak mungkin kita membantu seseorang dan kita menjadi bebas karma. Bukan macam itu. Dengan sesuatu cara, kita akan perlu tanggung sebahagiannya.

Ada sebuah kisah di India. Seorang lelaki belajar drpd seorang Guru bahawa dia tak harus berikan apa-apa kepada orang miskin atau orang jahat kerana dia akan menjadi miskin atau sendiri pergi ke neraka atas dosa yang dilakukan oleh orang yang dibantunya. Oh, orang itu melompat-lompat dan berkata, “Oh, begitu bagus, begitu bagus! Oh, semua orang boleh gembira, bebas dan ada apa yang diperlukan. Saya seorang diri boleh pergi ke neraka. Ini impian yang sangat baik, urus niaga yang baik.” Jadi ini bergantung pada siapa dengarnya dan siapa nak buat apa untuk siapa di dunia ini.

Sebab itulah Guru-guru tidak kisah. Mereka tahu bahawa kerja Mereka susah dan penderitaan Mereka akan besar, berterusan, tidak henti-henti setiap hari dalam situasi-situasi yang berlainan, kadangkala malah di neraka atau kadangkala di peringkat lebih rendah seperti Peringkat Astral, atau dihukum di Bumi sini! Tetapi Mereka buat begitu kerana Mereka tak boleh tidak buat begitu.

Seperti ada sebuah kisah tentang seorang Guru dan anak murid yang menaiki perahu untuk menyeberangi sungai tetapi Guru ternampak orang-kala jengking sedang bergelut di dalam air, jadi menghulurkan tangan untuk angkat orang-kala jengking itu ke atas dan cuba letaknya di atas perahu supaya orang-kala jengking itu tidak mati lemas tetapi orang-kala jengking itu gigit Dia lalu melompat ke dalam sungai semula, merayap ke dalam sungai semula dan bergelut lagi. Guru hulurkan sebelah tangan yang lain untuk angkatnya ke atas. Kemudian kejadian yang sama berlaku sekali lagi: Dia digigit. Orang-kala jengking itu cuba merayap keluar untuk melarikan diri tetapi apabila dia merayap keluar dari perahu, dia jatuh ke dalam sungai sekali lagi. Jadi Guru hulurkan tangan, nak angkat orang-kala jengking itu ke atas sekali lagi tetapi anak murid itu halang Dia, memegang tangan-Nya dan berkata, “Adakah orang-kala jengking ini akan gigit Guru sekali lagi?” Guru berkata, “Ya, dia akan gigit.” Jadi anak murid itu tanya Dia, “Mengapa dia gigit Guru sekali lagi?” Guru berkata, “Itu sifatnya untuk berbuat demikian.” Jadi anak murid itu tanya Guru, “Maka mengapa Guru terus cuba bantunya? Guru akan cedera. Dia akan gigit Guru sekali lagi.” Jadi Guru berkata, “Kerana ini sifat saya untuk berbuat demikian. Jadi jika orang-kala jengking ini tak dapat berhenti, tak dapat mengawal sifatnya, saya sendiri juga tak dapat mengawal sifat saya sendiri. Saya tak boleh lebih buruk drpd orang- kala jengking. Orang-kala jengking ini buat apa yang perlu dibuatnya. Saya buat apa yang perlu saya buat.”

Ini sangat lucu tetapi sangat menyedihkan. Sebab itulah banyak Guru menderita. Sejak zaman dahulukala, Mereka tiada kehidupan yang baik. Nabi Isa mati dengan cara kejam pada salib dan Hawari-Nya, dua belas orang Hawari yg paling rapat, mati dengan cara kejam juga. Ya Tuhan, saya tak tahu macam mana manusia boleh buat perkara sebegini. Mungkin mereka bukanlah manusia. Mereka dirasuk syaitan atau mereka sendiri ialah jelmaan syaitan, berkemungkinan besar. Sama seperti Saint boleh lahir semula di Bumi, syaitan juga boleh lahir semula di Bumi. Di Kawasan Rendah Alam Semesta, macam itulah. Kita terhutang budi kepada semua Guru sejak zaman dahulukala yang menyelamatkan kita secara berulang kali.

Sekarang kita kembali ke Mahākāśyapa. Selepas perkahwinan Mereka, si isteri ingin sekali mungkin melarikan diri atau sesuatu bagi mencari seorang Guru untuk beramal, mendapat pembebasan, menjadi bermakrifat tetapi Mahākāśyapa beritahu-Nya, “Tunggulah seketika masa lagi. Kita tak boleh tinggalkan ibu bapa saja macam ini.” Beliau seorang anak yang sangat taat dan baik juga. Selepas bertahun-tahun, ibu bapa Mereka meninggal dunia. Kemudian si anak, Mahākāśyapa, menjual semua hartanah dan berkongsi dengan pembantu rumah yang bekerja di rumah-Nya semasa hidup ibu bapa-Nya sejak Beliau masih kecil lagi, dan juga berikannya kpd orang miskin di kawasan sekitar, hanya tinggalkan sedikit saja, cukup untuk hidup. Kemudian Mahākāśyapa berkata kepada isteri-Nya, “Jalannya panjang dan susah di luar, jadi Engkau berada di sini. Tunggu aku. Jika aku jumpai seorang Guru, aku akan balik untuk Engkau.”

Jadi Mahākāśyapa terus buat perjalanan, pergi ke merata tempat. Beliau jumpai banyak kononnya Guru tetapi tak rasa mereka cukup layak untuk Beliau. Kemudian pada suatu hari, Beliau bertemu dengan Buddha Shakyamuni. Selepas perbualan yang singkat saja, Beliau tahu ini ialah orangnya. Beliau ingin sekali menjadi anak murid-Nya. Beliau berlutut di atas lantai dan memintanya. Jadi Beliau menjadi anak murid Buddha, biksu. Kemudian Beliau begitu gembira, belajar dengan Baginda, keluar untuk minta sedekah, kemudian mengkaji dan bermeditasi. Segalanya begitu baik dan tenang. Itu sebagaimana yang diingini-Nya. Beliau menjadi Arahat dalam masa yang singkat

tetapi oleh sebab sebelumnya Beliau sudah pun keluar, minta sedekah dan makan sehari sekali saja, jadi apabila mengikut Buddha, Beliau teruskan macam itu. Buddha memuji Beliau. Mahākāśyapa, apabila dah tua sangat, Buddha malah menasihati, memberitahu-Nya bahawa Beliau harus makan makanan yang lebih baik bersama mereka, bersama biksu Sangha supaya miliki kesihatan yang lebih baik, badan yang lebih baik. Tetapi Mahākāśyapa berkata tidak, Beliau tak boleh. Beliau telah begitu biasa dengan makan satu hidangan sehari, biasa dengan jenis disiplin ini, 13 peraturan disiplin. Jadi Beliau tak dapat berubah. Jadi Buddha berkata, “Baiklah, bagus. Engkau boleh teruskan macam itu asalkan Engkau baik-baik saja.” Mahākāśyapa dulu baik-baik saja dan sekarang masih baik-baik saja.

Saya amat terhutang budi kepada Beliau. Saya ingin beritahu Beliau sekali lagi bahawa saya sangat, sangat hargai hadiah śarīra Buddha. Saya tak tahu bagaimana cari perkataan untuk mengungkapkan betapa saya hargainya. Mahākāśyapa juga hantar sebiji mangkuk kepada saya, macam mangkuk sedekah, dan beberapa helai kain kuning kecil.

“Mahākāśyapa masih duduk dalam samadhi di Gunung Kaki Ayan, menunggu Buddha Maitreya muncul di dunia. Pada masa itu, Beliau akan memberi Maitreya mangkuk yang diberikan oleh Empat Raja Syurga kepada Buddha Shakyamuni dan yang diberikan oleh Buddha Shakyamuni kpd Beliau, dan kerja-Nya di dunia ini akan berakhir.” ~ Ulasan oleh Guru Terhormat Hsuan Hua (vegetarian) tentang Kitab Perhimpunan Arhat (Kitab Amitabha)

Dgn ini saya ingin ucapkan terima kasih kepada Mahākāśyapa kerana begitu baik terhadap saya. Kami ialah kawan dalam hayat lampau. Kami saling memperlakukan dengan baik, serasi. Terima kasih atas relik Buddha. Terima kasih atas mangkuk itu, macam mangkuk sedekah, mangkuk sedekah bagi biksu. Terima kasih atas helaian kain kuning yang cantik itu juga. Tetapi agaknya saya tak dapat gunakan mana-mana daripada benda yang Engkau bawa ini. Relik itu terlalu berharga, tak boleh gunakannya utk apa-apa yg lain Mangkuk itu, rasanya saya akan simpan sebagai cenderamata. Saya khuatir jika saya gunakannya untuk makan, mungkin ia rosak secara tak sengaja, dengan sesuatu cara. Jadi saya nak simpan itu sebagai cenderamata dan penghormatan.

Hari ini, kita tak boleh pakai jiāshā, jubah biksu, kemudian pergi ke sana sini untuk minta sedekah dengan mangkuk. Tidak. Adalah sangat susah hidup macam itu hari ini kecuali kita berada di negara agama Buddha yang sangat percayainya – India, Sri Lanka, Âu Lạc (Vietnam) atau Burma dll. Di sana, mereka memahami agama Buddha dan tahu jika kita mahukan makanan. Tetapi pada zaman kita, Mahākāśyapa harus faham, Buddha juga faham bahawa sangat sukar untuk keluar bagi minta sedekah khususnya bagi wanita dan saya tak begitu muda lagi, jadi hanya makan satu hidangan sehari di rumah, dan saya perlu buat begitu banyak kerja rumah di dalam, di luar. Jadi jika saya kerap keluar untuk minta sedekah dan balik, saya tak rasa itu akan mudah bagi saya walaupun saya sangat, sangat suka akan kehidupan bebas itu!!!

Photo Caption: Syukur kepada Tuhan yang Kurniakan Kecantikan & Kuasa Sembuh kpd Kami!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/10)
1
2024-07-23
6594 Tontonan
2
2024-07-24
4997 Tontonan
3
2024-07-25
4923 Tontonan
4
2024-07-26
4303 Tontonan
5
2024-07-27
4176 Tontonan
6
2024-07-28
3814 Tontonan
7
2024-07-29
3850 Tontonan
8
2024-07-30
3759 Tontonan
9
2024-07-31
3864 Tontonan
10
2024-08-01
3936 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android