Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dalam Keamanan, Kita Dapat Capai Syurga, Bahagian 15 daripada 16

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bagi Tahun Baharu, kita semua perlu katakan perkara yang benar-benar baik. (Ya.) Jadi kita tak boleh katakan apa-apa yang tidak bertuah. (Ya.)

Ada sebuah cerita. Seorang guru dan murid pergi ke ibu kota untuk duduki peperiksaan negara. Guru itu ingin duduki peperiksaan negara. Dia bawa seorang pelayan muda bersamanya, mengangkat barang seperti botol, buku, berus tulis, dakwat dan lain-lain. Kamu tahu, kan? Murid itu sentiasa ada cara untuk berkata secara negatif. Apa-apa pun yang dikatakannya adalah negatif. Walaupun telah diajar beratus-ratus kali, namun tetap sama. Pada bila-bila dia buka mulut, sentiasanya kata-kata negatif. Contohnya, “Ya ampun! Lihatlah rumah itu, berhati-hati. Ia boleh terbakar tak?” Apabila pasangan baru berkahwin, dia kata, “Ya ampun! Akankah mereka hidup dan tinggal bersama dgn lama sangat? Mungkin mereka akan bercerai esok atau lusa.” Perceraian. Dia sentiasa bercakap karut. Guru itu telah mengajar dia banyak kali tetapi dia tak dapat ubah.

Kali ini, mereka akan pergi ke ibu kota kerana guru itu ingin menjadi sarjana terbaik di istana. Jadi dia berkata kepada muridnya dengan jelas, “Tolonglah, kali ini jangan berkata buruk tentang apa pun. Okey? Jangan berkata buruk tentang sesiapa pun Jangan merenung mata sesiapa pun. Jangan lihat rumah orang lain juga. Jangan mengkritik sesiapa pun yang berkahwin. Jangan katakan apa-apa tentang perniagaan orang, seperti berkata sama ada mungkin mereka kerugian wang, seumpamanya. Jangan berkata buruk tentang orang lain atau menyumpah mereka. Boleh ingat tak?” “Ya, saya akan ingatinya, cikgu. Saya takkan cakap tentang sesiapa pun. Apabila saya lihat sesiapa pun, saya akan tutup mata. Tak apa. Saya akan berjalan pergi dari situ. Maka saya takkan mengkritik, takkan berkata buruk ttg sesiapa pun. Saya akan tutup mulut.” Okey. Sangat bagus.

Mereka berdua pergi ke ibu kota bersama-sama. Di tengah jalan, murid itu berasa letih kerana perlu mengangkat bagasi gurunya. Seperti kamu mengusung tandu untuk Maharaja tadi, sangat meletihkan. Kamu mesti memastikan tandu tidak jatuh. Betul? Kamu tak boleh biarkannya jatuh. Tetapi murid itu orang yang berbadan kecil, jadi selepas angkatnya untuk seketika, dia berasa letih. Dia di separuh jalan saja tetapi dah letih lesu, dan gurunya ada banyak barang, banyak buku, kemudian selimut, beg tidur, kole keluli dan kusyen juga. Barang untuk meditasi, banyak benda, dan dapur masak – kadangkala dia perlu hidupkan api. Oh, begitu meletihkan! Adakah itu dipanggil ‘pelayan kecil’? (Pelayan belajar.)

Pelayan belajar itu berasa letih. Barang yang diangkatnya asyik jatuh di sepanjang jalan. Apabila satunya jatuh, dia kutip dan berkata, “Oh, tidak! Jangan jatuh lagi.” Apabila keputusan peperiksaan tidak baik, kita kata ‘jatuh’ juga? ‘Buang’? (‘Jatuh’. ‘Gagal peperiksaan’.) ‘Gagal peperiksaan’. Betul tu. Dalam perjalanan, barang asyik jatuh lagi, kemudian dia kata, “Oh, tidak! Ia ‘gagal peperiksaan’ sekali lagi.” Kemudian sekali lagi, sementara dia berjalan, satu lagi barang jatuh dan dia kata, “Ia jatuh lagi. Ia ‘gagal peperiksaan’ sekali lagi.” Kemudian dia berjalan dan sesuatu jatuh lagi. Dia berkata sekali lagi, “Ganjil itu. Mengapa sentiasa ‘gagal peperiksaan’? Haruskah ia sentiasa jatuh ke atas tanah macam ini?”

Kemudian gurunya berkata, “Saya akan pergi ke ibu kota untuk mengambil peperiksaan negara tetapi kamu katakan perkara yang tak bertuah di sepanjang jalan, berkata bahawa asyik jatuh, asyik ‘gagal peperiksaan’, asyik jatuh, asyik ‘gagal peperiksaan.’ Kamu tak boleh asyik berkata begitu. Jangan berkata tentang barang yang jatuh. Okey?” Dia jawab, “Baiklah, cikgu.” Kemudian dia mengikat semuanya bersama dengan tali dan ikatnya pada tali pinggang dan bahunya. Mengikatnya pada seluruh badan, kemudian dia kata, “Kali ini aku telah ikat awak dengan ketat sekali sehingga apabila kami tiba di ibu kota pun…”

Macam mana kata ‘lulus peperiksaan’? (Lulus peperiksaan negara. Mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan negara. Berada dalam senarai kedudukan peperiksaan negara.) Apa diikat bersama? (Berada dalam senarai kedudukan peperiksaan negara.) Ya, ya, ya. Berada dalam senarai kedudukan. Tetapi ia berbunyi seperti… (Mengikat.) Diikat, berada dalam senarai kedudukan. Dia kata, “Sekarang aku telah menyimpul dengan kukuh sekali supaya walaupun kami tiba di ibu kota pun, mustahil ‘berada dalam senarai kedudukan’ lagi.” Dia nak mengelak daripada berkata ‘Jatuh ke atas tanah (gagal peperiksaan)’. Faham? (Ya.) Baiklah. Ini akan buat kamu ketawa.

Terima kasih atas kerja keras kamu. Ucaplah terima kasih kepada semua orang. (Baiklah.) Saya tak dapat ucapkan terima kasih kepada setiap daripada mereka tetapi kamu semua ada kumpulan sendiri, kawan, saudara-mara dan sebagainya yang bekerja di tempat lain. Sampaikanlah ucapan terima kasih saya kepada mereka semua. Ucaplah terima kasih kepada setiap daripada mereka. (Baiklah.) Ucaplah terima kasih kepada setiap daripada mereka. Saya tak dapat pergi ucapkan kepada mereka seorang demi seorang kerana kadangkala jika saya ucapkannya di dapur, mungkin seseorang pergi ke tempat lain. Jika saya ucapkannya kepada pengawal, esok mungkin bukan syifnya dan sebagainya. Semua orang bantulah saya ucapkannya. (Baiklah.) Berkata bahawa Maharaja memang nak ucapkan terima kasih kpd mereka. (Terima kasih.) Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka. (Terima kasih, Guru.) Jumpa lagi. (Jumpa lagi.) (Terima kasih, Guru.)

Selamat Tahun Baharu! (Selamat Tahun Baharu!) Sebutlah kata-kata bertuah. Buat perbuatan bertuah. (Ya.) Hanya sebut kata-kata bertuah saja. Ingat tak? (Baiklah.) Tak boleh mengikat… Jangan mengikat ‘saya’. Okey? (Ya.) Baiklah. (Semoga Guru selamat dan sihat.) Semoga kamu begitu juga. Selamat Tahun Baharu! Terima kasih. (Selamat Tahun Baharu! Terima kasih, Guru.) Semoga bertuah. (Ya. Semoga Guru bertuah. Terima kasih, Guru.) Jangan jatuh ke atas tanah. Ikatnya.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (15/16)
1
2024-10-08
2556 Tontonan
2
2024-10-12
1771 Tontonan
3
2024-10-15
1718 Tontonan
4
2024-10-19
1343 Tontonan
5
2024-10-22
1272 Tontonan
6
2024-10-26
1063 Tontonan
7
2024-10-29
1049 Tontonan
8
2024-11-02
1040 Tontonan
9
2024-11-05
1088 Tontonan
10
2024-11-09
1069 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-26
436 Tontonan
2024-12-26
4452 Tontonan
2024-12-25
2198 Tontonan
2024-12-25
1250 Tontonan
2024-12-25
1066 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android